Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Wednesday, February 08, 2006

Preview Kejohanan Sukan Tahunan 2006

Bahang temasya sukan sudah mula terasa di kalangan warga SMKC. Bagi pelajar sudah pasti inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk mereka menunjukkan kehandalan dan kehebatan mereka dalam acara sukan yang mereka minati. Bagi guru pula macam biasalah, kena bersedia untuk menjalankan tugas-tugas yang bakal menanti. Jawatankuasa Persiapan Padang telah menjalankan kerja-kerja mengukur dan menanda trek balapan bermula sejurus habisnya cuti panjang Tahun Baru Cina dan Awal Muharam iaitu pada Isnin 6 Februari. Ini merupakan satu langkah pro aktif ketuanya iaitu Cg Zulfa yang tidak mahu semua kerja-kerja tertangguh dan menunggu saat akhir untuk dilaksanakan.
Antara tenaga-tenaga yang terbabit yang diketuai oleh Cg Zulfa ialah Cg Mirzan, Cg Suhaimi, Cg Ruhaifi, Cg Nik, Cg Anwar dan Cg Satar. Kerja-kerja ini dipantau oleh seorang lagi guru yang dianggap pakar iaitu Cg Karimi yang bertindak sebagai penasihat eksklusif. Pengalamannya begitu luas dan boleh dikatakan semua aspek teknikal, fizikal dan logikal berada dalam kepalanya. Kepakarannya itu sedikit sebanyak telah membantu tenaga-tenaga kerja dalam jawatankuasa tahun ini kerana kebanyakan dari kalangan mereka mengaku tak lah mahir sangat dalam tugas-tugas begini.
Bagai seorang jurutera
Kita bekerja ni mesti kena ikhlas...

Berat sama-sama dipikul tapi aku sorang-sorang sakit pinggang tolak..

Untuk cemerlang kita mesti ada perubahan dan pembaharuan

3 Comments:

  • baik ada potensi untuk maju lagi

    By Anonymous Anonymous, At 1:52 PM  

  • baik ada potensi untuk maju lagi

    By Anonymous Anonymous, At 1:52 PM  

  • Tak aci, rumah lain yang menang rumah hijau dapat nama.

    By Anonymous Anonymous, At 1:50 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home