Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Sunday, February 12, 2006

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1427

Sambutan Maal Hijrah kali ini telah diadakan pada Sabtu 11 Februari di Dewan Al Ghazali jam 8:00 pagi. Satu ceramah telah diadakan sejurus selepas ucapan aluan Pengetua Encik Mohamad Badruddin. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Bakri bin Muhammad dari Pejabat Agama Islam Muadzam Shah yang menyentuh tentang akhlak dan moral remaja pada masa ini dan isu-isu semasa. Selepas majlis berhenti rehat pada jam 10:00 pagi diadakan pula acara pertandingan Nasyid, Bercerita Sirah Nabi, Deklamasi Sajak dan Azan. Majlis berakhir pada jam 12:30 tengahari.



“Saya nak berpesan kepada kaum perempuan, kalau suami nak kawin lagi, bagilah…”

Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran sedang mengikuti ceramah oleh Ustaz Bakri
Semasa majlis berhenti rehat pada jam 10:00 pagi, beberapa detik dan peristiwa sempat dirakamkan buat kenangan warga kerja SMK Chanis.


“Apa-apapun kita orang tak nak dimadu…”

'Format' jamuan yang julung-julung kalinya diadakan di SMK Chanis

Aku dah agak dah, cameramang mesti cari aku punya

Aku tak berapa faham la ustaz ceramah tadi cuma bab munakahat tu je yang clear

Kalau hari-hari ada jamuan macam ni kan best..

Lelaki terhangat di pasaran… atas sebab keselamatan, identiti wanita itu dirahsiakan
Dibawa secara eksklusif guru paling popular menjadi MC pertandingan, siapa pulak di sebelah tu

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home