Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Thursday, March 30, 2006

SMKC Juara Bolasepak

SMK Chanis terus mengukir nama mencipta kejayaan. Kali ini menjadi juara perlawanan bolasepak persahabatan zon Chanis bawah 15 tahun. Perlawanan diadakan di padang SMK Perwira Jaya. Tiga pasukan beraksi menunjukkan kehebatan masing-masing iaitu SMK Perwira Jaya, SMK Selancar dan SMK Chanis. Perlawanan pembukaan bermula dengan kemenangan bergaya skuad SMK Chanis ke atas pasukan SMK Selancar 1-0. Dalam perlawanan menentang tuan rumah SMK Perwira Jaya pula, skuad bimbingan Cg Suhaimi ini telah menunjukkan persembahan permainan yang meyakinkan apabila mendapat sekurang-kurangnya dua peluang untuk menjaringkan gol. Walau bagai mana pun kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan tanpa sebarang gol.
SMK Chanis mengesahkan gelaran juara liga persahabatan ini menjadi miliknya setelah tuan rumah SMK Perwira Jaya kecundang ditangan skuad SMK Selancar 0-1.

Tuesday, March 28, 2006

Lawatan ke Aquaria KLCC

Pada hari Sabtu 25 Mac 2006 pelajar Tingkatan 5 Sains telah mengadakan lawatan ke Aquaria KLCC Kuala Lumpur. Lawatan ini telah memberikan satu pengalaman yang menarik mengenai rahsia dan penemuan-penemuan yang diperolehi daripada penjelajahan dan penerokaan hidupan marin. Walaupun tanpa menyelam, pelajar dapat melihat evolusi spesies-spesies hidupan eksotik yang belum pernah ditemui serta mempelajari attitude dan eko-sistem habitat haiwan akuatik ini secara live. Di samping itu pelajar juga dapat menyingkap misteri hidupan flora selain daripada hidupan faunanya yang menghuni di dasar air yang sungguh indah dan mengagumkan itu menggambarkan betapa hebatnya ciptaan Allah ini. Sungguh menarik dan pengalaman yang paling menyeronokkan.


2 butir emas untuk MSSD!


Kejohanan olahraga MSSD Rompin telah dilangsungkan pada Rabu 22 Mac 2006 dan berakhir pada Jumaat 24 Mac 2006 di Kompleks Sukan Muadzam Shah. Seramai 25 orang pelajar SMKC telah terlibat menyertai acara-acara yang dipertandingkan mengikut kategori masing-masing. Tiga orang guru telah ditugaskan mengiring para peserta iaitu Cg Zulfa, Cg Zuraihan dan Cg Nurulhuda. Di samping itu tiga orang guru yang lain pula dilantik menjadi pegawai/hakim acara iaitu Cg Sofi bagi acara Merejam Lembing, Cg Noridawati acara Larian dan Cg Nik Hishamuddin untuk acara Lompat Jauh dan Lompat Kijang.

SMKC telah mencipta kejayaan dengan menggondol 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pingat emas pertama telah dimenangi oleh Rahayu dalam acara Merejam Lembing yang turut memenangi pingat perak bagi acara melontar peluru. Pingat emas kedua pula menyusul melalui larian bertenaga ratu lumba lari pasukan Hulubalang iaitu Norzatul Amira bagi acara 800m yang jauh meninggalkan peserta tempat kedua dan menyudahkan larian dengan selesa tanpa menghadapi apa-apa masalah.Seorang lagi pelari berpotensi Nadia telah menyambar pingat perak melalui acara 200m dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa acara 4 x 100m bersama rakan-rakan sepasukannya iaitu Sham Haslinda, Shamila dan Hazirah. Masrame merupakan satu-satunya peserta lelaki tunggal yang memenangi pingat iaitu pingat perak dalam acara Lontar Peluru. Tahniah dan syabas kepada para peserta kontinjen dan Chef de Mission yang telah bertungkus lumus berusaha mengharumkan nama sekolah di persada sukan daerah Rompin.
Gambar Pegawai/Hakim dan Kontinjen SMKC

GPS SPM meningkat

SMKC mencipta satu lagi kejayaan yang cemerlang dalam akademik apabila mencatat keputusan cemerlang dalam SPM tahun 2005 dengan GPS meningkat kepada 5.07 berbanding 5.16 dalam SPM 2004. Pencapaian peratus lulus ialah 94.56 berbanding 91.93 pada tahun sebelumnya. Calon yang menduduki peperiksaan ini adalah seramai 181 orang pelajar. 12 subjek telah menunjukkan peningkatan dengan didahului oleh mata pelajaran Seni Reka Tanda yang mencatat rekod terbaik GPS 2.57

Suatu Harapan

Kehadiran buat kali kedua Jemaah Nazir pemantau penilaian Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Sekolah Luar Bandar telah memberi satu harapan cerah kepada SMK Chanis untuk terus menjulang nama menyandang Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Sekolah Luar Bandar bagi tahun 2006.

Sunday, March 05, 2006

Hulubalang Tunjuk Belang

Setelah ketinggalan jauh pada kedudukan tempat ketiga dalam sukantara, pasukan Hulubalang menunjukkan kehebatan sebenar dalam acara sukan apabila mendahului pasukan-pasukan lain dengan catatan 103 mata berbanding Panglima 82, Laksamana 77 dan Bendahara 58. Acara-acara yang telah dipertandingkan ialah Lompat Tinggi, Lempar Cakera dan Lari 400 dan 1500 meter yang berlangsung pada hari Khamis 23 Februari jam 8:00 pagi setelah ditangguhkan pada Rabu 22 Februari jam 3:00 petang kerana cuaca hujan. Tahniah kepada Pasukan Hulubalang terutama pengurus pesertanya iaitu Cik Sharifah dan Cik Azirawati.


Catatan Pemerhati 1


Mulanya ada timbul rasa keraguan dalam hati apabila melihat keadaan fizikal peserta-peserta lompat tinggi ini begitu tidak munasabah dengan acara yang disertai. Tapi siapa tahu, "SMK Chanis Boleh" bak kata orang kecil-kecil cili padi. Namun...

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya ramalanku benar belaka...

Catatan Pemerhati 2

Dalam menyaksikan kehebatan peserta-peserta bertarung dalam acara lompat tinggi ini, seorang lelaki bertongkat yang kita rasa kita kenal kelibatnya tetapi dalam keadaan mencurigakan berada berhampiran palang. Apa dibuatnya disitu? Mungkin ada yang menyangka dia sebagai bomoh disitu. Tapi...

Tanggapan itu meleset sama sekali. Rupa-rupanya dia adalah penyokong fanatik pasukan Laksamana