Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Thursday, March 30, 2006

SMKC Juara Bolasepak

SMK Chanis terus mengukir nama mencipta kejayaan. Kali ini menjadi juara perlawanan bolasepak persahabatan zon Chanis bawah 15 tahun. Perlawanan diadakan di padang SMK Perwira Jaya. Tiga pasukan beraksi menunjukkan kehebatan masing-masing iaitu SMK Perwira Jaya, SMK Selancar dan SMK Chanis. Perlawanan pembukaan bermula dengan kemenangan bergaya skuad SMK Chanis ke atas pasukan SMK Selancar 1-0. Dalam perlawanan menentang tuan rumah SMK Perwira Jaya pula, skuad bimbingan Cg Suhaimi ini telah menunjukkan persembahan permainan yang meyakinkan apabila mendapat sekurang-kurangnya dua peluang untuk menjaringkan gol. Walau bagai mana pun kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan tanpa sebarang gol.
SMK Chanis mengesahkan gelaran juara liga persahabatan ini menjadi miliknya setelah tuan rumah SMK Perwira Jaya kecundang ditangan skuad SMK Selancar 0-1.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home