Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Saturday, February 25, 2006

Lawatan PPD Kuantan

Satu rombongan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan seramai 60 orang datang melawat SMK Chanis. Ini merupakan satu lagi pengiktirafan yang harus dibanggakan oleh warga SMKC yang diakui sendiri oleh Jemaah Nazir yang secara kebetulan membuat pemantauan penilaian bagi calon Anugerah Sekolah Harapan Negara.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat pembangunan lanskap sekolah sebagai benchmark menimba pengalaman dan kemahiran dan kepakaran yang ada di SMKC.
Taklimat disampaikan oleh guru yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang lanskap dan nurseri iaitu Encik Mohd Karimi bin Abd Talib di makmal IT. Persembahan disampaikan menggunakan perisian persembahan Power Point.
Galeri

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home