Hari Kedua Sukantara
Kejohanan sukantara bersambung pada hari kedua Khamis 16 Februari bermula jam 3:30 petang yang melibatkan dua lagi pasukan iaitu Hulubalang (Hijau) dan Bendahara (Biru). Persaingan antara dua pasukan agak seimbang dan sengit namun ada sedikit kecacatan yang menjejaskan kemeriahan sukantara kali ini iaitu tiada komitmen daripada para pelajar sendiri. Didapati ada segelintir pelajar enggan melibatkan diri dalam acara dan bertindak menyembunyikan diri. Adakah faktor cuaca yang panas menyebabkan mereka bertindak demikian atau memang sikap negatif yang ada pada diri pelajar ini. Nampaknya cikgu kena buat sedikit research bagi mencari jawapan itu. Kita tak mahu sikap segelintir pelajar ini akan menjejaskan nama baik sekolah yang menjadi calon Sekolah Harapan Negara bagi tahun 2006 ini. Keputusan yang dicatat pada hari kedua ini ialah:
Hulubalang : 448 mata
Bendahara : 437 mata

Oii! Cikgu Sofi.. biarkan la dulu kamera tu, kita dah nak start ni...

Mana pulok lesap budak pegang bendera ni tadi

Buat maskot comel ni

Ini dah macam gaya main bowling pulak

Aku takut nanti kena kepala pengadil pulak

Sedang merancang strategi

Acara terpaksa dihentikan sementara untuk memberi laluan...
Lagi gambar-gambar yang sempat dirakam...







0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home