Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Sunday, March 05, 2006

Hulubalang Tunjuk Belang

Setelah ketinggalan jauh pada kedudukan tempat ketiga dalam sukantara, pasukan Hulubalang menunjukkan kehebatan sebenar dalam acara sukan apabila mendahului pasukan-pasukan lain dengan catatan 103 mata berbanding Panglima 82, Laksamana 77 dan Bendahara 58. Acara-acara yang telah dipertandingkan ialah Lompat Tinggi, Lempar Cakera dan Lari 400 dan 1500 meter yang berlangsung pada hari Khamis 23 Februari jam 8:00 pagi setelah ditangguhkan pada Rabu 22 Februari jam 3:00 petang kerana cuaca hujan. Tahniah kepada Pasukan Hulubalang terutama pengurus pesertanya iaitu Cik Sharifah dan Cik Azirawati.


Catatan Pemerhati 1


Mulanya ada timbul rasa keraguan dalam hati apabila melihat keadaan fizikal peserta-peserta lompat tinggi ini begitu tidak munasabah dengan acara yang disertai. Tapi siapa tahu, "SMK Chanis Boleh" bak kata orang kecil-kecil cili padi. Namun...

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya ramalanku benar belaka...

Catatan Pemerhati 2

Dalam menyaksikan kehebatan peserta-peserta bertarung dalam acara lompat tinggi ini, seorang lelaki bertongkat yang kita rasa kita kenal kelibatnya tetapi dalam keadaan mencurigakan berada berhampiran palang. Apa dibuatnya disitu? Mungkin ada yang menyangka dia sebagai bomoh disitu. Tapi...

Tanggapan itu meleset sama sekali. Rupa-rupanya dia adalah penyokong fanatik pasukan Laksamana

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home