Lawatan PPD Kuantan
Satu rombongan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan seramai 60 orang datang melawat SMK Chanis. Ini merupakan satu lagi pengiktirafan yang harus dibanggakan oleh warga SMKC yang diakui sendiri oleh Jemaah Nazir yang secara kebetulan membuat pemantauan penilaian bagi calon Anugerah Sekolah Harapan Negara.
Taklimat disampaikan oleh guru yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang lanskap dan nurseri iaitu Encik Mohd Karimi bin Abd Talib di makmal IT. Persembahan disampaikan menggunakan perisian persembahan Power Point.
















































