Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Monday, April 03, 2006

Takraw Naib Juara

Pasukan takraw bawah 18 tahun SMKC telah menyandang gelaran naib juara dalam persaingan antara zon yang diadakan di gelanggang takraw SMK Perantau Damai. Kejayaan ini amat berharga kerana ianya menjadi lambang kegigihan pemain dan juga jurulatihnya walau pun menghadapi segala kesulitan dan kekurangan dalam membentuk satu team yang kuat dan disegani di daerah ini. Menurut juru latihnya Encik Zulfa Ismail, pemain-pemain masih lemah dari segi ketahanan mental walaupun mereka boleh bermain dengan baik dan cemerlang di tempat lawan. Pemain-pemain tidak dapat mengatasi semangat penyokong-penyokong fanatik yang memberi sokongan padu kepada pihak lawan sehinggakan mengganggu konsentrasi dan emosi semasa bermain. Walau bagai manapun tahniah kepada 'my team' takraw kita!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home