Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Wednesday, April 26, 2006

Watikah Pelantikan Pengawas

Pada Isnin 24 April 2006 satu majlis ringkas iaitu upacara penyerahan watikah pelantikan kepada para pengawas SMK Chanis. Penyerahan watikah disempurnakan oleh Ketua Polis Balai Bandar Tun Razak. Dalam ucapannya beliau menggesa para pelajar agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang negatif yang boleh merosakkan diri pelajar sendiri seperti penagihan najis dadah dan jenayah-jenayah yang lain.
Tuan Pengetua pula menjelaskan betapa pentingnya amalan disiplin yang tinggi di kalangan para pelajar agar ianya menjadi sebagai benteng pertahanan diri yang dapat menghindarkan diri pelajar daripada terjebak dalam gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja sekarang. Golongan remaja merupakan satu golongan yang ampuh dan mudah diperdaya dan dipengaruhi. Sebagai pelajar mereka harus menjaga akhlak dan tingkah laku supaya mereka menjadi seorang pelajar yang berwibawa dan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home