Buletin SMK CHANIS ... Ilmu Iman Ihsan

Saturday, April 15, 2006

Maulidur Rasul Peringkat SMKC

Majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini diadakan di Dewan Al Ghazali pada hari Jumaat 14 April 2006. Majlis ini bermula sejurus selepas bacaan Yasin dengan perarakan yang diketuai oleh Tuan Pengetua Encik Mohamad Badrudin Yusof bersama semua pelajar dan guru sambil mengalunkan selawat kepada Nabi. Perarakan bermula dari Dataran Ilmu dan berakhir di Dewan Al Ghazali.
Majlis sambutan kemudiannya diteruskan di dewan dengan satu slot ceramah sempena maulidur rasul yang disampaikan oleh AlFadhil Ustaz Adhan bin Che Kob Pegawai Pejabat Agama Daerah Bera. Dalam ceramah beliau banyak menyentuh tentang akhlak dan moral remaja pada masa sekarang yang semakin jauh dari akhlak junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Selepas berhenti rehat pada jam 10:30 pagi majlis diteruskan dengan persembahan konsert nasyid yang amat menghiburkan dari anak-anak Soleh. Persembahan juga diselitkan dengan sketsa yang menyentuh emosi para penonton. Persembahan berakhir pada jam 11:50 pagi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home