Sambutan Hari Guru
Perayaan hari guru peringkat SMK Chanis pada tahun ini masih tetap disambut dengan meriah walaupun dalam suasana kesibukan seperti peperiksaan pertengahan tahun dan persediaan bagi majlis mesyuarat agung PIBG nanti.Acara dimulakan dengan perarakan para guru diiringi dengan paluan kompang ke Dewan Al-Ghazali bagi menjalankan acara rasmi dan wajib seperti bacaan perutusan, nyanyian lagu kebangsaan dan negeri serta diikuti dengan nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’ oleh semua guru.Acara sukaneka melibatkan guru dan sebahagian pelajar juga diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Acara kemuncaknya pula diadakan di dewan di mana diadakan persembahan pelajar dan guru seperti sajak, sketsa dan nyanyian selain anugerah khas kepada guru. Pada tahun ini guru-guru yang berjaya memenangi anugerah ialah Cikgu Zalipah Zakaria (Guru Paling Sporting), Ustazah Romzah Abdul Rahman (Guru Paling Bersopan), Cikgu Kamsani Tuah Mujir (Guru Kasut Paling Bersih) dan Cikgu Mohd Nazaruddin Yusoff (Guru Paling Kelakar). Bagi kategori Guru Paling Popular, buat kali keempat berturut-turut dimenangi oleh Cikgu Mohd Ruhaifi Ab Razak mengalahkan pencabar-pencabar terdekat yang lain iaitu Cikgu Zabidah Seman (tempat kedua), Cikgu Aida Abdul Rahman (tempat ketiga), Cikgu Abdul Satar Musa (tempat keempat) dan Cikgu Zulfa Ismail (tempat kelima).









1 Comments:
tak dok gambar ko nak tengok...
SELAMAT HARI GURU
UNTUK SEMUA GURU2
By
Anonymous, At
4:36 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home